Tuesday, December 4, 2007

13 Rahsia Solat

Bismillah hirahman nirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tujuan saya membuka lembaran baru dalam laman web ini adalah untuk mengumpulkan doa, amalan, peringatan dan cerita yang dapat dijadikan panduan untuk sama-sama kitani hayati dalam kehidupan seharian. Semoga kitani sama-sama mendapat hidayat dan menafa'at daripada nya.

Sumber dalam himpunan web ini ada daripada emel, blog dan kuliah2 yang sempat saya hadiri. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan, sila beri teguran. Semua nya ada untuk kebaikan kitani bersama.

Oleh kerana ibadah solat adalah ibadah yang mula-mula sekali dihisab di Akhirat nanti, maka ada baik nya saya buka lembaran ini dengan memberikan satu peringatan dan panduan mengenai RAHSIA solat.

1. Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul :
Fadilatnya, dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai cahaya yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Surah Al-Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7. Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10. Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11. Selawat Ke Atas Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Sekian. Wassalam.