Wednesday, December 5, 2007

Agar Khusyuk Dlm Ibadah

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka do sebelah kiriku, Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.

Fadhilat Wudhuk

Salah satu syarat sah solat ialah mengambil wudhuk. Berwudhuk lah dengan sempurna...solat hanya akan sempurna dengan wudhuk yang sempurna.

Perbetulkan and sempurnakan lah ibadah wudhuk dan bersihkan semua anggota yang diwajibkan. Adapun sesungguhnya malaikat maut akan menarik nyawa anak Adam dari setiap anggota yang disucikan semasa berwudhuk.

Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna. Dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". (Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah).
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". (Ahli syurga mukanya putih berseri-seri).
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". (Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan).
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". (Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri).
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". (Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala).
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". (Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, dll).
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". (Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali).
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". (Qada' dan Qadar kita di tangan Allah).


Rasulullah bersabda, "Barangsiapa berwudhuk dengan membaguskan wudhuk nya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya". HR. Muslim.

Rasulullah bersabda, "Sungguh ummatku akan diseru pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya karena bekas wudhuk nya, (Abu Hurairah menambahkan) maka siapa yang mampu melebihkan panjang sinar pada tubuhnya, maka lakukanlah. (HR. Bukhari dan Muslim).

Orang yag tidur dalam keadaan berwudhuk pahalanya seperti berpuasa.
Orang yang wudhuk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya.
Nabi kenal umatnya melalui cahaya wudhuk. Wudhuk selepas wudhuk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur), sudah cerah lagi bersuluh.
Doa selepas wudhuk gugurkan dosa.
Wudhuk menjadi kafarah, menghapus dosa antara 2 waktu solat.
Air wudhuk dan mandi junub menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.

Wallahualam. Sekian.